Saturday, July 5, 2014

Serius Cool - Transformers Stopmotion : Filem Pendek Buatan Malaysian Yang Lebih Power Dari Filem Michael Bay


Nice!

Lagi nice dan teratur!

Thanks @Rozaimin



Selfie Barzakh

Gina Mihai menerima kejutan dari alam barzakh. Wanita yang berasal dari Romania ini mendakwa dihubungi mendiang nenek beliau selepas menemui sebuah selfie yang angker di dalam telefon bimbit beliau. Di dalam foto yang anda boleh lihat di bawah, nenek Gina kelihatan sedih dan leher beliau dijerut oleh seekor ular. Menurut kepercayaan orang Romania ini bermakna nenek Gina kini sedang diseksa di alam barzakh kerana dosa beliau semasa hidup. Oleh sebab itu gereja - gereja beredekatan rumah Gina kini melakukan upacara berdoa bagi meminta Jesus mengurangkan seksaan terhadap nenek Gina. Menurut Gina lagi nenek beliau mungkin terseksa kerana beliau sendiri tidak meletakkan makanan pada kubur nenek beliau selepas pengkebumian. Amalan tradisi ini dipercayai dapat membantu roh mereka yang telah meninggal dunia untuk lebih aman di barzakh.

Nampaknya roh juga sudah pandai selfie. Oleh sebab itu bolehlah dikatakan selfie kini sudah terlalu mainstrem sehingga roh juga boleh mengambilnya di dunia lain tanpa memerlukan telefon pintar. Power!



Serius Iklan - NILE.COM.MY : Membeli Belah Dari Rumah Dengan Mudah!

Mudah Dan Pantas 

Ramadan tiba lagi dan kami tak tahu anda macamana tapi kami agak keberatan untuk keluar dari rumah ketika berpuasa. Tambah sadis apabila kami menjenguk keluar tingkap hari ini nampaknya jerebu sudah kembali memenuhi ruang udara Kuala Lumpur. Pasti ada cara yang lebih mudah, tidak memenatkan dan paling penting sekali selamat untuk kami membeli belah dari rumah.

Tambah sukar kini kmi sedang menanti kedatangan anak pertama kali bila-bila masa sahaja. Isteri sudah tidak larat berjalan jauh dan membeli belsah secara fizikal kini sama sahaja seperti mencari nahas. Mujur ada portal membeli belah Nile.My yang memberikan kami kemampuan membeli belah dari keselesaan katil empuk dan kerusi malas di ruang tamu.


Nile.com.my ialah sebuah portal membeli belah atas talian terkini di Malaysia dan dari pengalaman kami portal membeli belah ini sangat convenient untuk mereka yang malas keluar rumah seperti kami. Cari barang yang anda mahukan. Klik mana yang menarik hati dan kemudian check out. Penghantaran dilakukan dalam masa 24 jam untuk kawasan sekitara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Bayaran pula dibuat selepas barang yang dipesan diterima.

Sekarang kami kena bersiap sedia untuk menghantar isteri ke hospital serta merancang perjalanan balik ke kampung halaman. Masalah manusia dunia pertama ialah peranti elektronik yang memerlukan tenaga elektrik. Kereta kamiu hanya ada satu palam pencucuh rokok tetapi kami ada 5 peranti yang memerlukan sumber elektrik. Dalam perjalanan jauh kena berkongsi palam. One hour beri isteri charge phone kemudian giliran kami pula.

Adaptor pengecase dengan 3 port pencucuh rokok dan 1 port USB ini sesuatu yang lama kami inginkan. Bolehlah sekarang charging 2 telefon pintar dan 2 tablet sepanjang perjalanan dengan selesa. Boleh gunakan Waze untuk elak speedtrap dan kesesakan jalanraya tanpa risau bateri dihabiskan macam Dracula oleh aplikasi ini!



Kedatangan orang baru memerlukan juga persediaan yang rapi. Kerana due date yang semakin hampir kami perlu menyiapkan sebuag GO BAG. Apkah Go Bag? Ianya beg yang dipenuhi keperluan seseorang ibu yang melahirkan disamping barangan pakai buang si kecil di hospital. Go Bag perlu diletakkan di dalam kereta jadi bila isteri dah sedia nak bersalin tak perlu menggelabah baru nak pack up. Go back haruslah besar dan mudah digunakan ketika kecemasan. Jadi kami jumpa beg di bawah. Nampak sturdy dan mempunyai kapasiti yang cukup untuk barangan Go Bag. Disamping itu Nampak cukup stylish. Both are important to us.





LinkWithin