Sunday, December 22, 2013

Serius Cool - Modifikasi Honda Cub Yang Menarik (12 Gambar)

Cili Padi 

Honda Cub ialah motor yang digunakan orang tua untuk ke masjid, pakcik jual sayur ataupun nenek ke bendang. Ianya bukan motosikal terpantas di dunia tetapi ianya diiktiraf sebagai motor terbaik yang pernah dihasilkan kerana ianya versatil dan tahan lasap. Bolehlah dikatakan Honda Cub ialah HILUX edisi motor. Jadi tidak mengejutkan sekiranya ada subculture peminat Honda Cub yang melakukan modifikasi bagi megubah motosikal yang ikonik ini menjadi sebuah rice rocket yang cool. Yep they do look awesome!


Serius Sadis - Industri Penghasilan Kulit Bangladesh Yang Menyedihkan (18 Gambar)


Damn!

Barangan kulit Itali seperti tali pinggang dan beg tangan berjenama mewah menjadi simbol kemewahan di Malaysia. Beg tangan Louis Vuitton ada yang dijual lebih mahal dari kenderaan yang anda miliki. Tetapi tahukah barangan asas industri bernilai Euro 1 Billion setiap tahun ini ada yang datang dari Bangladesh. To be precise Hazaribagh, Dhaka. Terdapat 200 kilang pemproses kulit di sini. Ia menggaji lebih 3000 orang pekerja dan menghasilkan 14 juta keping kulit setiap tahun. Ia juga membuang 21 000 meter padu sisa kumbahan toksik terus ke sumber air yang mengakibatkan pencemaran yang kronik stiap hari. Gaji pekerjanya juga terlalu sedikit. Jadi fikirkanlah asal usul beg berjenama yang anda bangga-banggakan sangat itu. Kemudian tengoklah mereka yang bekerja macam binatang dan hidung serba kekurangan untuk memastikan anda ada simbol kemewahan yang membolehkan anda riak! LOL


Serius Cool - Majlis Perkahwinan Masyarakat Uigur (15 Gambar)

Uighur

Kaum Uighur ialah masyarakat yang berasal dari Xinjiang China. Sejak kebelakangan ini kita kerap mendengar berita pemberontakan dan serangan "pengganas Islam" Uighur yang menentang pemerintahan komunis China di Xinjiang. Pemberontakan berlaku kerana ketidak adilan yang dialami kaum Uighur yang beragama Islam. Hari ini mari kita lihat majlis perkahwinan tradisional kaum Uighur yang menetap di Kazakhstan. Komuniti Uighur yang ada di Kazakhstan ialah cucu cicit kepada mereka yang melarikan diri dari China pada awal kurun ke 19 selepas penentangan awal mereka berjaya dipatahkan pemerintah China. Majlis perkahwinan Uighur biasanya diraikan selama 3 hari. Pasangan akan dinikahkan seorang tok kadi dan selepas dinikahkan pasangan harus meminum air campuran gula, garam dan roti. Gula melambangkan kemanisan rumah tangga. Garam pula melambangkan ujian hidup manakala roti melambangkan kasih sayang diantara mempelai.Sangat menarik melihat adat istiadat Islam bercampur dengan amalan Soviet Russia!

Saturday, December 21, 2013

Serius Cool - Casing Iphone Berbentuk Tumbler Batman (9 Gambar)

Just take my money! 

Casing iphone selalunya sleek dan moden. Tetapi casing Tumbler Batman ini berbeza dari casing biasa. Ianya angular dan nampak sangat manly. Selain nampak manly ia juga dilengkapi sistem LED yang berfungsi sebagai lampu notifikasi telefon pintar anda. Paling best ia juga mempunyai Bat Signal terbina di bahagian bawah. Hanya untuk Batmanfag sebenar sahaja. Setiap satu casing ini dijual pada harga Yen 5775 (RM 182) sebuah.


Serius Cool - Multi Facial : Filem Pertama Lakonan Vin Diesel



What?
Sebelum menjadi popular Vin Diesel atau nama sebenar beliau Mark Vincent sukar mendapat tawaran berlakon. Beliau  menghasilkan, menulis, mengarah dan belarkon di dalam filem pendek Multi Facial di bawah. Filem ini ditonton oleh Steven Spielberg yang kemudian memberi beliau watak di dalam filem Saving Private Ryan. The rest is history. Menarik melihat Vin Diesel berlakon sebagai bukan tough guy. Quite good. The closing monologue is awesome!


 



Serius Cool - Tips Mendapatkan Like This Instagram


Kepada likefags

Adakah anda low self esteem dan perlukan like dari media sosial bagi memenuhi kekosongan jiwa anda? Ikuti tips di bawah untuk memubuatkan anda rasa less loserly!




LinkWithin